THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES


Get your own Digital Clock


i love being myself
DAH VIEW MY BLOG , JANGAN LUPA FOLLOW SEKALI OKAYY ! ^_^

Saturday, 24 December 2011

berharap ini dapat memberi faedah kepada pembace blogger...
*** WANITA DALAM ISLAM ***
(seperti di dalam al-Quran)

Kedudukan kaum wanita dalam masyarakat Islam agak menyedihkan. Mereka dipersendakan pada sesetengah majlis syarahan agama, dikenakan beberapa peraturan yang ketat, atau disifatkan lebih rendah daripada kaum lelaki. Mereka menjadi mangsa keganasan lelaki, mangsa dalam perceraian, mangsa yang digantung tidak bertali, atau mangsa yang sanggup membuang bayi yang dilahirkannya dengan banyak kepayahan. Kemelut ini berpunca dari kejahilan yang terbit dari input yang tidak sempurna dalam didikan agama. Input yang dimaksudkan ialah ajaran daripada Allah yang terkandung di dalam al-Qur’an.
Kertas ini bertujuan untuk menyampaikan mesej yang banyak daripada Allah mengenai kaum wanita; lantas ia menjadi agak panjang. Di sini mungkin terdapat ayat-ayat Allah yang tidak pernah didengarkan oleh orang-orang yang bertanggungjawab. Semoga dengan munculnya ajaran Islam yang sebenar, iaitu daripada al-Qur’an, maka lenyaplah amalan palsu mengenai kaum wanita yang sedang diamal oleh sebahagian besar masyarakat Islam.

Ciptaan
Perempuan yang pertama dicipta Allah ialah isteri Adam. Dia dicipta untuk menjadi pasangan bagi Adam, atas kehendak Allah sendiri, Yang mencipta semuanya berpasangan . Daripada Adam dan isterinya, lahirlah kaum lelaki dan perempuan yang berkembang biak, dan pada hari ini mereka berjumlah kira-kira 5.7 bilion kesemuanya. Mereka dicipta agar takut kepada-Nya. Firman-Nya, "Wahai manusia, takutilah Pemelihara (Tuhan) kamu Yang mencipta kamu daripada jiwa yang satu, dan daripadanya Dia menciptakan pasangannya (isterinya), dan daripada keduanya, ditaburkan di merata-rata banyak lelaki dan perempuan" (Ayat pertama, Surah ke 4, berjudul "Perempuan"; atau lazimnya ditulis seperti 4:1).

Pengasihan
Antara lelaki dan perempuan, Allah mengadakan pertalian persahabatan. Namun, yang paling manis sekali yang diadakan-Nya pada mereka ialah perasaan cinta dan pengasihan, seperti kata-Nya yang berbunyi "Dia mengadakan di antara kamu, cinta dan pengasihan". Perasaan cinta dan pengasihan ini selanjutnya mengikat kedua-dua jantina ini dalam ikatan perkahwinan agar mereka dapat hidup bersama, dengan halal, dan bersatu dalam kebahagiaan.
Perkahwinan, yang disuruh Allah, adalah lawan bagi amalan zina. Ini disimpulkan setelah diperhati tiap-tiap ayat al-Qur'an yang mengandungi kata ikatan perkahwinan, di mana kata ini sentiasa dituruti kata lawannya, iaitu perzinaan. Sebagai contoh ialah ayat yang berbunyi "Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka .... sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan".

Friday, 23 December 2011

i want to say Thank you for my sister 
nurul nabila huda 
because she is very nice girl n good girl..she is always help me in everything..
she also like to share any problems with me..
sometimes i'm always give her stress because with my problems..
but she still cover all this because of me..
that's why i really need and love her..
if you all want to know,my blogger is renovated from her...
look at my blogger..so beautiful..
so i want to you know you are my best sister in my family!!!
love you forever................!!

Sunday, 11 December 2011

new blog :)


hye readers ! nampak kan blog sue nie nampak kosong jee .. sue baru je buat blog nie atas bantuan kerjasama cik fatyn kite seorang nie . thanx adeq :) blog nie akan dipenuhi dengan entry-entry yang berkaitan dengan kehidupan seharian sue . banyak benda yang sue nak kongsikan dengan readers dengan lain .. so da view blog sue nie jangan lupe follow sekali oke , nanti sue akan follow blog korang jugak :) thanx .